(First time I put the whole piece in Malay language. Its about growing plants in pots / containers)
Kebanyakan pasu yang kami gunakan adalah jenis plastik sebab ringan dan murah. Pasu seramik pula boleh dibeli dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna. Koleksi pasu seramik Kakdah tidak banyak, tidaklah sampai beratus. Namun ada pasu seramik Kakdah yang sangat besar, hingga tak terangkat.
Kami menanam sayur ditanah dan dalam pasu. Pasu tetap menarik, sebab boleh dialih-alih mengikut cuaca dan citarasa.
pak choy
Pokok ini menarik sebab cepat cambah dan tumbuh. Target awalnya hanyalah untuk peroleh 10 pokok sahaja. Waktu semai, dilebihkan biji benih dalam pasu semaian.., sekitar 5,6 biji dalam satu pasu semaian kecil. Kesemuanya bercambah, dan tidak sampai hati untuk buang anak pak choy yang lebih itu. Tidak mengapa, kami boleh makan pak choy hari-hari, pagi dan petang! Kakdah tidak pula merungut bila kesemua 55 pasu disusun atas railing verandah kiri dan kanan.
(foto dua hari lalu)

pak choy, dalam pasu 4 inci. semuanya 55 pasu. |
(foto hari ini, gambar jam 5.30ptg.
hari ini Kakdah selang selikan pasu,
katanya kerana daun dah memanjang,
bersentuhan antara satu sama lain.
Itulah fleksibiliti tanam sayur dalam pasu.
Stevia
Asalnya ada tiga pokok sahaja yang dibeli dari sebuah nurseri di Kelantan, RM5.00 satu. Kami berterusan melakukan percambahan. Kini ada hampir 100 anak stevia. Target masih tidak berubah, iaitu 1000 anak stevia dalam tempuh setahun.
Salah satu pokok stevia hasil percambahan, dauntenya manis macam gula. |
tomato
Ini cubaan pertama di Tanah Merah, dengan tomato cherry. Benih diambil dari lebihan tomato yang Kakdah guna untuk masakan. Semainya banyak, yang nak ditanam cuma dua sahaja, jadi selebihnya letak dalam polybag hitam. Setakat ini yang dalam polybag pula lebih subur dari dalam pasu.
![]() |
anak tomato dalam pasu seramik besar |
![]() |
anak tomato yang lebih, ada 5 semuanya. sebagai spare. |
daun sup
![]() |
daun sup |
Ada banyak lagi sayur dan pokok dalam pasu, Antaranya sambung nyawa, mulberry, kucai, kangkong, kunyit, halia, bawang putih, bawang merah, pudina, oregano, basil, dan macam-macam lagi. Saja wujudkan hijau di sekitar rumah, untuk sedikit keselesaan dalam hutan konkrit, dan untuk segarkan nostalgia pernah hidup dalam kehijauan suatu masa dulu.
bangchik dan kakdah, tanah merah, kelantan.